Tuesday 28 June 2011

Syukurilah nikmatNya

 



Terlalu banyak nikmat yang diperolehi kita waktu ini,sangat banyak jika dibandingkan dengan orang lain. Sedang kita menikmati makanan yang lazat dan beraneka macam makanan, jauh di Negara lain ada segelintir mereka yang sangat kelaparan,anak-anak kecil menangis meminta makanan ditepi tepi jalan, kadang kala mereka mengutip sisa makanan yang kalau diikutkan sepatutnya layak haiwan yang memakannya , dan ibu bapa mereka sanggup mencuri demi memberi sesuap makanan kepada anak anak dan keluarga meraka, sungguh menyedikan dan menyayatkan hati. Namun kita sememangnya bukan dari golongan yang bersyukur,cuba lihat makanan yang kita ambil terlalu berlebihan andai tidak habis ke longkanglah jawabnya,dan kita tidak perlu berebut-rebut sampai ada yang terluka untuk menjamahnya,malah kita hanya perlu memanggil pelayan untuk mengambil order makanan kita. Sangat menyenangkan,namun kita tidak pernah bersyukur,andai makanan itu tidak sedap mulalah kita memaki hamun tukang masak itu,namun tahukah kita siapa yang memberi rasa sedap itu? Semetinya Allah yang memberi rasa kenyang ,sedap dan gembira itu. Namun dimana rasa nikmat kita? Dimana rasa syukur kita? Itu baru dari segi makanan bagimana yang lain? Adakah kita mengucapkan syukur pada Allah pada hari ini? Amat jarang sekali mungkin tidak pernah pada saat ini. Sesungguhnya kita termasuk dalam golongan mereka yang rugi jika tidak mengsyukuri nikmatNya. Kita selalu mempersoalkan pemberian Allah. Kenapa yang ini tidak cukup?kenapa yang itu tidak kita perolehi?dan pelbagai lagi persoalan yang kita tujukan kepada Allah. Tidak malukah kita dengan nikmat yang terlalu banyak kita miliki sekarang ingat bahawa Allah terlah berfirman yang bermaksud:
…sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, necaya kalian tidak akan dapat menghitungnya…(Ibrahim 34 )
Cuba kita duduk seketika dan berfikir, adakah udara yang kita bernafas ini perlu dibayar?kaki dan tangan yang bergerak ini perlu dibayar?sudah semestinya tidak. Ya kita sering memandang remeh dengan nikmat Allah yang sudah terbiasa kita nikmati sekarang. Namun sedarilah bahawa diluar sana ada ramai mereka yang tidak mempunyai tangan dan juga kaki,tidak dapat melihat alam yang indah ini dan tidak dapat belajar dan membaca dengan baik sekali,kerana Allah telah menarik nikmat akal mereka. Bayangkan jika nikmat akal kita ditarik,sudah pasti terasa hidup ini sudah berakhir. Namun ketahui bahawa Allah itu menberi seseorang dengan nikmat yang sesuai dan terbaik untuknya. Allah berfirman yang bermaksud :
….Dia telah memberikan nikmat-nikmatNya yang sempurna kepada kalian,baik zahir mahupun yang batin….(Luqman 20)
Wahai sahabat janganlah terlalu menghitung nikmat Allah yang kita tidak perolehi,maka sebaliknya bersyukurlah dengan nikmat yang kita perolehi sekarang,kerana ditakuti andai tiada sifat syukur dalam hati kita,maka Allah akan tarik segala nikmat yang ada kini. Renung kembali adakah hidup kita hancur pada saat ini. Ketahuilah bahawa Allah telah memberi nikmat kepada kita selayaknya kita perolehi dan kita tidak bisa mengatakan “Tidak Allah tidak menberi apa yang aku inginkan”, kerana Allah telah berfirman:
..Maka nikmat Tuhan kalian  yang manakah yang layak anda dustakan? (Ar-rahman 13 )
Ingatlah jika ingin merasa terlalu banyak yang nikmat yang diperolehi pandanglah mereka yang lebih susah dari kita,maka kita akan rasa kan kita terlalu bertuah dari mereka. Janganlah pandang mereka yang lebih baik dari kita,maka kita akan rasa kekurangannya. Bantulah diri untuk menjadi lebih baik dalam hidup ini. Renung kembali dan syukuri nikmat ilahi. Sesungguhnya Allah memberi apa yang kita perlu ,bukan apa yang kita pinta..syukuri sebelum nikmat terbesar kita iaitu nafas dicabut oleh Pemilik NYa..walahualam.

Muslimah




Wahai muslimah yang bermujahidah di medan dakwah..
Menempuh mehna Allah dengan kekuatan jiwa..
Membangkitkan semangat para perjuangan fisabililah..
Bagi menempuh godaan dunia yang leka semata mata..

Wahai muslimah kebanggaan agama..
Bangkitlah sujud pada kekuasaan yang Esa..
Rebutlah rasa Cinta yang kian pudar..
Agar redhaNya makin dimilki di dalam hati..

Wahai muslimah perjuang Ilahi..
Hiasi dirimu dengan akhlak yang berbudi..
Perlihara maruahmu dari dikotori..
Agar dirimu penghias dunia yang dihargai..

Wahai Muslimah kekasih Nabi..
Perjuangankan sunnah yang kian dilupai..
Bangkitlah persiapkan diri yang lemah ini..
Agar ilmu sentiasa berada dihati..
Kelak kau tidak di hina oleh si jahiliyah ..
Pemusnah alam ini….